KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan hasil daripada perbuatan sumbang mahram itu.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya bersedia menguruskan proses tertentu bagi memastikan perlindungan rapi diberikan kepada anak mangsa sekiranya wanita berusia 20 tahun itu didapati tidak mampu menjaga anak kecilnya itu.
"Ibu (mangsa) sudah 20 tahun, sudah dewasa jadi mungkin ada perancangan sendiri, nak jaga anak sendiri, (tetapi) kita perlu ada siasatan untuk melihat kemampuan dan memilih penyelesaian terbaik kepada isu ini dan sekiranya mangsa perlukan perlindungan kita sentiasa bersedia kerana itu tanggungjawab dan tugas kita," katanya ketika ditemui di kediamannya sempena rumah terbuka Aidilfitri, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kisah wanita yang dirogol bapa kandung sejak berusia 12 tahun yang berlaku di Kampung Chuah, Port Dickson sehingga mangsa melahirkan dua orang anak; seorang meninggal dunia semasa lahir manakala seorang lagi berusia tiga tahun.
Nancy berkata pihaknya masih menunggu laporan pihak polis bagi mengambil langkah seterusnya.
Nancy berkata kejadian berkenaan 'membuka mata' masyarakat kepentingan pendidikan seks serta kerjasama rentas kementerian bagi memastikan kanak-kanak bawah umur memahami tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka berada dalam situasi sedemikian.
"Ini sesuatu yang menyakitkan untuk didengar...kami di kementerian amat sakit hati, sedih dan marah... kita terpaksa mencari jalan untuk mengelak perkara seperti ini berlaku dan ia melibatkan semua kementerian berkaitan untuk perketatkan hal pendidikan dan sebagainya," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed dalam satu kenyataan berkata siasatan awal mendapati kejadian terkutuk itu berlaku sejak 2016 sehingga tahun ini di dalam rumah yang sama di kampung tersebut.
Beliau berkata ibu bapa pengadu, masing-masing berusia lingkungan 40-an itu ditahan Jumaat lepas pada kira-kira 11.40 pagi di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson bagi membantu siasatan.
Katanya ibu bapa pengadu tersebut didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan kedua-duanya di reman lima hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Nancy berkata pihaknya masih menunggu laporan pihak polis bagi mengambil langkah seterusnya. - Gambar fail/Bernama
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.